Menurut kenyataan MAS hari ini kargo pesawat itu turut mengandungi pelbagai barangan kurier termasuk peralatan helikopter, barangan horikultur, barangan perubatan, bunga palsu, produk kegunaan harian, penapis, tekstil serta mel pos.
Selain itu, ia mengandungi bagasi yang mengandungi barang peribadi para penumpang pesawat malang itu dengan kesemua barangan dalam kargo itu adalah seberat 9,885.4kg.
Selain dihantar ke Malaysia, sebahagian besar barangan kargo itu akan dihantar ke negara-negara lain seperti Filipina, Vietnam, Australia dan India.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment