ONEXOX
BannerFans.com

MH17: PM Belanda Beri Amaran Putin Punya 'Peluang Terakhir' Bantu Mangsa

on Sunday, July 20, 2014

AMSTERDAM: Presiden Rusia Vladimir Putin mempunyai satu peluang terakhir untuk menunjukkan beliau serius mahu membantu penyelamat mencari mayat-mayat mangsa kemalangan pesawat penerbangan MH17, kata Perdana Menteri Belanda Mark Rutte (gambar), Sabtu.

Lebih daripada separuh penumpang di atas kapal yang terhempas berhampiran sebuah kampung di timur Ukraine, adalah rakyat Belanda, dan gambar-gambar barangan peribadi dan pasport bertaburan, dikenalpasti milik penumpang Belanda digeledah di lokasi kemalangan telah mengejutkan rakyat Belanda.

"Saya terkejut dengan gambar-gambar yang menunjukkan kelakuan yang benar-benar 'tidak menghormati' di kawasan tragis ini. Ia memualkan," kata Mark Rutte, merujuk kepada dakwaan bahawa mayat-mayat penumpang, termasuk 193 daripada negaranya, telah diseret dan dibiarkan reput di tempat kejadian.

"Dia mempunyai satu peluang terakhir untuk menunjukkan dia memang bermaksud untuk membantu," kata Rutte mengenai Putin, beberapa minit selepas perbualan dengan pemimpin Rusia itu yang disifatkan sebagai perbualan 'penuh perasaan'.

Tambahnya, pemimpin Jerman, Britain dan Australia turut berkongsi pandangan beliau.

Menteri Luar Frans Timmermans, yang berada di Kiev dengan pasukan pakar-pakar forensik Belanda cuba untuk mendapat akses selamat di lokasi kemalangan dengan berkata akses setakat ini adalah terlalu terhad bagi membolehkan mereka menjalankan tugas mengenal pasti mangsa dan membawa mereka pulang.

Sebuah akhbar Belanda mencetak gambar komander pemberontak yang dikatakan telah menembak jatuh pesawat Boeing 777 di muka depan dengan tajuk utama 'Pembunuh-pembunuh'.

Akhbar harian De Telegraaf menggesa kerajaan Belanda untuk memikirkan semula dasar kekangan ke arah Rusia.

"Kerajaan mesti menjelaskan kepada dunia bahawa kita berada di pihak kita dengan kemarahan," kata akhbar itu.

Disebabkan tanda-tanda risiko yang ditunjukkan untuk mengakses bangkai pesawat, Malaysia Airlines yang sebelum ini telah berjanji untuk membawa saudara-mara mangsa ke lokasi kemalangan, memberitahu televisyen nasional ia tidak dapat lagi berbuat demikian kerana ia tidak dapat menjamin keselamatan saudara-mara mangsa.



Sumber












PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved