ONEXOX
BannerFans.com

MH17: Pelumba Terengganu Cycling Team dua kali terselamat

on Sunday, July 20, 2014

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Pelumba basikal warga Belanda, Maarten De Jonge, 29 tahun, meluahkan rasa syukur selepas terselamat buat kali kedua daripada tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Menurut pelumba basikal untuk pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) dari Oldenzaal, Belanda itu, dia sepatutnya menaiki penerbangan MH370 dan MH17 tetapi menukar kedua-dua tiket penerbangan itu pada saat akhir.

Maarten berkata, dia sepatutnya menaiki penerbangan MH370 pada Mac lalu untuk menyertai pertandingan lumba basikal di Taiwan namun menukarnya kepada penerbangan lain untuk mengelakkan daripada transit.

Beliau menanggap bahawa perkara itu sebagai suatu yang sangat ajaib lebih-lebih lagi kerana dia juga sepatutnya menaiki pesawat MH17 pada 17 Julai lalu.

Bagaimana, dia sekali lagi menukar tiket penerbangan tersebut selepas membeli tiket penerbangan yang jauh lebih murah pada hujung minggu bagi menjimatkan duit.

Dalam kenyataannya dalam bahasa Belanda kepada stesen penyiaran RTV Oost, Maarten berkata: “Ia amat sukar dibayangkan. Saya bersedih untuk penumpang dan keluarga mereka, namun saya bersyukur yang saya terselamat.”

Maarten juga meminta agar perhatian terus diberikan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

Dalam pada itu, Maarten turut memberitahu bahawa dia sedang merancang untuk pulang semula ke Malaysia menggunakan penerbangan MAS melalui Frankfurt.

“Saya tidak langsung mempunyai apa-apa kerisauan kerana saya telah dua kali bertuah.

“Kita tidak sepatutnya terlalu risau kerana ia tidak menguntungkan,” katanya mengakhiri temubual tersebut.



Sumber












PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved