KUALA LUMPUR: Kejadian nahas MH17 yang ditembak jatuh oleh misil dipercayai misil Buk mengejutkan seluruh dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib melalui twitternya melahirkan perasaan terkejut dengan nahas pesawat tersebut. Perdana menteri mahukan siasatan segera dilakukan mengenai nahas terbabit.
Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya berkata, masih belum ada pengesahan tentang perkara itu.
"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment