ONEXOX
BannerFans.com

PADAH TIDAK MENCUCI KANTA MATA, MATA BUTA KERANA DIMAKAN SEL AMEBA

on Saturday, July 12, 2014



UK - Anak mata seorang pelajar disini telah dibedal oleh Ameba, sejenis haiwan satu sel yang boleh berubah bentuk, setelah dia gagal untuk mencuci kanta matanya.

Lian Kao, 23, yang tertekan kerana pembelajarannya di universiti, gagal membuang dan membasuh kanta matanya lebih dari 6 bulan.



Apabila dia sampai ke hospital, pakar perubatan dengan terkejut mendapati anak matanya telah dimakan oleh Sel Ameba apabila kanta mata itu dibuka.Haiwan itu berada dalam kedudukan yang amat selesa untuk membiak diantara kanta mata dan mata. Akibatnya, Lian Kao kini telah buta.

Sebagai maklumat tambahan, Wu Jian, seorang doktor berkata, kanta mata boleh menyebabkan mata terdedah kepada penyakit mata. Apabila pemakai kanta mata melekatkan kanta mata, mata akan kurang medapat oksigen menyebabkan mata menjadi luka dan menjadi habitat untuk kuman dan benda lain membiak.

Kepada semua yang memakai kanta mata, pandai-pandai la jaga kebersihan kanta mata tersebut. Sudah tentu kita semua tidak mahu kehilangan nikmat melihat yang Tuhan kurniakan kepada kita ini

Sumber












PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved