ONEXOX
BannerFans.com

Reaksi Erra Fazira paling mengejutkan isu keretakan rumahtangga Awie

on Wednesday, July 23, 2014

Pelakon Erra Fazira yang ditemui semasa majlis pelancaran filem Warna Cinta Impian di Hotel Le Meridien Hotel Kuala Lumpur telah memberitahu bahawa untuk raya kali ini dia akan beraya bersama-sama dengan puteri kesayangannya, Aleesya.

“Alhamdulillah pada tahun ini giliran saya bersama Aleesha untuk beraya bersama. Lagipun kampung saya tidaklah terlalu jauh hanya 45 minit sahaja dari KL.”

Tambahnya lagi, raya pada tahun ini disambut secara bersederhana sahaja dan tidak terlampau mewah. Dia turut memberitahu kepulangannya itu juga untuk bersama-sama ibu tercinta di kampung halaman yang kini kurang sihat.

“Raya pada tahun ini sangat sederhana dan saya hanya menyediakan beberapa helai pakaian untuk Aleesha dan beberapa lagi yang lain untuk keluarga saya. Setakat ini anak saya sihat dan semakin membesar. Kepulangan ini juga untuk menjenguk ibu saya yang kurang sihat.”



Sementara itu, Erra Fazira juga agak sedikit terkejut apabila timbulnya isu rumah tangga bekas kekasihnya, yang kini semakin hangat dilaporkan di media-media massa tempatan. Baginya Awie mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya kini.

“Mula-mula saya agak terkejut apabila rumah tangganya dilaporkan sedang bergolak. Saya tahu pun melalui akhbar-akhbar serta blog-blog yang melaporkannya. Tapi saya tahu Awie ada caranya yang tersendiri untuk mengendalikan masalahnya itu, lagipun dia mempunyai banyak pengalaman dan saya sebagai sahabatnya mendoakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan berharap mereka berdua berbaik semual.”

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved