ONEXOX
BannerFans.com

Van jenazah angkut 'penjenayah' Ramadan, mitos atau benar?

on Wednesday, July 2, 2014

SHAH ALAM - Tiada siapa tahu, sejak bila dan bagaimana kisah penguatkuasa agama menahan individu tidak berpuasa dalam van jenazah tersebar.

Saban tahun kisah ini muncul, kononnya pesalah ponteng puasa diarak dengan menaiki van jenazah bagi menyedarkan individu terbabit.

Namun timbul persoalan, benarkah penguatkuasa agama pernah berbuat demikian seperti mana yang digambarkan.

“Untuk makluman umum, pihak penguatkuasa jabatan agama tidak pernah menahan seseorang individu yang tidak berpuasa menggunakan van jenazah.

“Jabatan dibekalkan dengan kenderaan penguatkuasa bagi tujuan penahanan.

“Tiada ketetapan buat masa ini kecuali kuatkuasakan peruntukan yang ada mengikut undang-undang,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd Saad kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, Selangor Kini difahamkan cerita van jenazah mula timbul berikutan penggunaan van jenazah dalam satu operasi besar-besaran pada bulan puasa sekitar 90an oleh sebuah agensi kerajaan.

Bagaimanapun, ketika itu van jenazah digunakan disebabkan kekurangan kenderaan untuk membawa pesalah yag ditahan.

Walaupun selepas itu penggunaan van jenazah tidak pernak dipraktikkan oleh mana-mana agensi, cerita mengenainya terus segar menjadi bahan cerita menjelang Ramadan.mu sihir.




Sumber









PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved