Antara kisah yang menarik perhatian ramai buat masa ini ialah mengenai insiden kekasih bintang pujaan Brazil iaitu Neymar yang jadi mangsa bau busuk kentut seorang penonton.
Bruna Marquezine, jadi korban sikap kurang sopan penonton itu semasa menyaksikan perlawanan antara Brazil dengan Chile pada peringkat pusingan kedua pada Sabtu lalu di Stadium Mineirao.
Artis cantik berusia 18 tahun itu terpaksa mencium bau busuk seorang peminat lelaki yang berada di depannya.
Walaupun kisah berkenaan belum disahkan oleh Bruna, namun video mengenai insiden berkenaan sudah tersebar luas di media sosial malah telah ditonton lebih 430,000 orang sejak dimuat naik di YouTube tiga hari lalu.
Bruna dilihat bukan sahaja menutup hidungnya kerana tidak tahan dengan bau kentut malah turut mencuit lelaki berkenaan yang disyaki melepaskan gas beracun di khalayak ramai.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan yang mengambil video selfie tetap selamba dan terus merakam keadaan Bruna yang tidak senang dengan bau kentutnya.
Beberapa orang di keliling lelaki itu juga rasa tidak senang dengan perangai lelaki tersebut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment