Seorang pemandu bas disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri apabila kepalanya pecah selepas dilenyek kenderaannya sendiri di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Tanjung Lumpur petang semalam.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam, mangsa yang dikenali Wan Mohd Shah Wan Mohd Ramli dari Taman Kempadang Perdana maut dengan cebisan otaknya bertaburan di atas jalan raya.
Mangsa memandu bas milik Institut Kemajuan Ikthisas Pahang(IKIP) dalam perjalanan dari asrama pusat pengajian terbabit di Kampung Peramu bagi mengambil pelajar di Taman Gelora.
Akibat daripada kemalangan tersebut, bas yang dipandu mangsa bergerak kira-kira 100 meter tanpa pemandu sehingga menghentam tiga kereta, tiang elektrik dan dua kedai makan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment