Pengacara kontroversi, Azwan Ali telah melakukan satu tindakan yang kurang matang apabila bergambar selfie pada saat seluruh rakyat Malaysia bersedih dan bertafakur untuk jenazah tragedi MH17.
Tindakannya itu dianggap cubaan mencari publisiti murahan dan mengambil kesempatan dalam kedukaan orang ramai. Tindakan Azwan itu dikatakan sangat melampau dan tidak sensitif serta tidak menghormati perasaan keluarga waris yang sedang bersedih.
Salah seorang rakan kepada mangsa MH17 kesal dengan tindakan pengacara sendu berkenaan.
“Kawan saya salah seorang mangsa terhempas disitu, saya tak dapat menghadiri ke pengebumian beliau. Lagi saya sedih nampak kamu selfie diri sendiri di tempat penghormatan orang, sampai bila nak dicaci dimaki dibenci dek ramai?
Tak malu ke, mana maruah lelaki anda?,” katanya.
Susulan daripada tindakan kurang matang artis sendu itu, ramai yang menyerangnya di Instagram. Namun, Azwan Ali yang tidak tahan dengan kritikan orang ramai itu bertindak menyekat akses mereka ke laman Instagramnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment