Menurut portal berita Mashable, penyiasat percaya pasangan itu melepasi halangan berhampiran tebing cenuram Cabo de Roca untuk bergambar `selfie’, apabila mereka tergelincir dan jatuh ke gaung.
Anak-anak mereka yang berusia 5 dan 6 tahun, walau bagaimanapun, terselamat kerana berada di belakang pagar halangan.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.
Mayat mereka ditemui Isnin, selepas cuaca buruk memaksa pegawai penyelamat menangguhkan pencarian mereka sebelum itu.
Anak-anak mangsa kini berada di bawah jagaan diplomat Poland. Mereka juga akan diberi kaunseling bagi menangani trauma setelah melihat kematian ibu bapa mereka, lapor the Independent.
Cabo de Roca ialah puncak paling ke barat Eropah, berlatar belakangkan Lautan Atlantik.
Ini bukan kali pertama bergambar `selfie’ menjadi satu langkah berbahaya.
Pada 5 Ogos, Oscar Otero Aguilar yang berusia 21 tahun mati tertembak setelah bergambar `selfie’ dengan senjata tersebut.
Pada 31 Julai, Francois Hofer dipijak lembu jantan di Perancis ketika cuba mengambil gambar `selfie’ di hadapan haiwan itu. Dia bernasib baik kerana terselamat.
Pada April tahun lepas, seorang wartawan Sun Sports di Fox, Kelly Nash hampir terkena bola besbol di kepalanya ketika bergambar `selfie’ semasa perlawanan antara Astros-Red Sox.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment