ONEXOX
BannerFans.com

Harimau menganas di Gentam, Kuala Pilah

on Tuesday, August 12, 2014

KUALA PILAH – "Ketika leka berborak di anjung rumah, tiba-tiba terdengar ngauman harimau sebelum disusuli bunyi anak lembu seolah-olah dalam ketakutan."

Demikian menurut penternak lembu, Zaidi Kamaludin, 30, apabila ternakannya dibaham harimau di Kampung Ulu Gentam, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Kata Zaidi, dia dan dua lagi rakannya bergegas ke kandang lembu selepas terdengar bunyi berkenaan.

“Kami terkejut apabila ternampak seekor harimau kumbang berukuran kira-kira 1.5 meter sedang menggigit anak lembu jantan yang baru berusia dua minggu dan mengheret ke arah ladang pokok getah.

“Menyedari kehadiran kami, harimau kumbang itu melepaskan anak lembu dan  perlahan-lahan beredar ke arah ladang getah dengan memanjat sebatang kayu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, selepas harimau beredar, mereka dengan pantas membawa anak lembu ke rumah untuk melihat kecederaan yang dialaminya.

“Ketika itu, ia masih hidup namun selang beberapa minit, anak lembu telah mati berikutan kecederaan serius di bahagian kepala selepas digigit oleh harimau tersebut.

“Terdapat juga kesan gigitan di bahagian leher anak lembu berkenaan,” katanya sedih kerana tidak berjaya menyelamatkan anak lembu itu.

Tambah Zaidi, kejadian itu merupakan kali keempat berlaku sejak 2007, dan kali terakhir pada November 2013.

“Kami menceburi bidang ternakan ini sejak 1973, bagaimanapun binatang liar itu masih belum berjaya ditangkap," katanya.

Tambah Zaidi, keadaan itu juga mencetuskan kebimbangan di kalangan ahli keluarga kerana risau dengan keselamatan mereka.

“Ladang yang menempatkan 40 ekor lembu ini berada di dalam kawasan kediaman. Malah terdapat sebuah rumah berhampiran tempat ini.

“Bila kawasan ini mula dicerobohi binatang liar seperti harimau kumbang, sudah pasti menimbulkan rasa bimbang dan takut.

“Harimau kumbang itu mungkin terlalu lapar hingga mengganggu serta menceroboh kawasan manusia," katanya lagi.

Zaidi berkata, dia cuba memasang sebuah perangkap dengan umpan seekor kambing untuk menarik perhatian haiwan itu untuk memasuki perangkap.

“Kami percaya, habitat ini akan datang semula kerana sudah berjaya mengesan lubuk makanannya di sini,” katanya.

Sementara itu,  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah memasang perangkap di kawasan berhampiran kandang lembu jam 2.30 petang, semalam.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved