ONEXOX
BannerFans.com

PAS calon Wan Azizah, Azmin ganti Khalid

on Sunday, August 17, 2014

Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Mohammad Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar.

"Sehubungan dengan itu juga, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) dan Mohammad Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR)," kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan yang dibacakan Timbalan Presiden Mohammad Sabu pada sidang media sejurus selesai mesyuarat tengah hari ini.

Keputusan itu katanya dibuat selepas PAS Pusat membuat pertimbangan dalam pelbagai sudut.

Keputusan tersebut adalah salah satu daripada tiga keputusan yang dicapai dalam mesyuarat hari ini.

Selain itu, mesyuarat turut memutuskan bahawa empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari PAS akan terus berada dalam kerajaan negeri Selangor, untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas.

Manakala satu lagi keputusan adalah penegasan bahawa PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved