ONEXOX
BannerFans.com

ROBIN WILLIAMS GANTUNG DIRI DENGAN TALI PINGGANG - POLIS

on Tuesday, August 12, 2014

SAN RAFAEL (California): Pihak berkuasa mengesahkan pelakon komedi, Robin Williams menggantung dirinya sendiri dengan tali pinggang di dalam bilik di rumahnya.

Sherif Marin County, Leftenan Keith Boyd berkata, Williams dilihat buat kali terakhir oleh isterinya pada malam Ahad lalu ketika hendak tidur.
Beliau bangun pada pagi berikutnya dan meninggalkan rumah, menyangka yang Williams masih tidur.

Tidak lama kemudian, pembantu peribadi Williams mengunjungi rumahnya dan berasa bimbang apabila Williams tidak memberi sebarang tindak balas ketika dia mengetuk pintu.

Pembantu peribadinya menemui pelakon berusia 63 tahun itu mati di bilik tidurnya.

Boyd berkata semua bukti menjurus kepada perbuatan bunuh diri. Namun katanya, keputusan muktamad akan dibuat selepas mendapat laporan forensik dan temu ramah dengan saksi.

Williams terkenal kerana watak yang dipegang dalam filem ‘Good Will Hunting’, ‘Mrs Doubtfire’, ‘Good Morning Vietnam’ dan banyak lagi filem lain.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved