ONEXOX
BannerFans.com

AMBANG HARI MALAYSIA DICEMARI DENGAN MEMIPIT DI HOTEL BAJET

on Wednesday, September 17, 2014

PASIR GUDANG - Sambutan ambang Hari Malaysia, terus dicemari dengan kegiatan tidak bermoral segelintir pasangan yang disyaki berkhalwat di hotel bajet sekitar kawasan Pasir Gudang.

Dalam operasi bersepadu Ops Sayang melibatkan anggota dan pegawai dari Bahagian Penguat Kuasaan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) serta Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), awal pagi semalam, 11 individu ditahan sepanjang serbuan jam 11 malam hingga 2 pagi itu.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasaan Jaij, Mohd Hafiz Abd Rahman berkata, kesemua individu yang ditahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 itu berusia lingkungan 20 hingga 42 tahun kerana disyaki berkhalwat.

“Ops Sayang sempena Hari Malaysia ini dilakukan secara bersepadu dengan MPPG yang mana kita biasa membuat ops bersepadu dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Ops malam ini memberi tumpuan di sekitar Pasir Gudang iaitu hotel bajet di mana tempat yang biasa mereka ambil kesempatan sempena hari cuti,” katanya.

Mohd Hafiz berkata, ops berkenaan bertujuan membanteras dan mencegah maksiat di hotel-hotel selain membersihkan imej sektor perhotelan daripada tanggapan negatif masyarakat bahawa premis berkenaan banyak mengundang gejala tidak bermoral.

Dalam serbuan itu, sebanyak tujuh hotel bajet berhampiran terminal feri, Kota Masai dan Taman Scientex diserbu pihak berkuasa.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Pasir Gudang untuk proses dokumentasi sebelum ke pejabat Bahagian Penguat Kuasaan Jaij bagi tindakan lanjut.

Ops turut disertai Ketua Penguat Kuasa MPPG, Faridah Abd Hamid.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved