Anaknya yang berusia tiga tahun dilaporkan hampir lemas didalam kereta itu selepas lelaki tersebut singgah di stesen minyak untuk mengisi bahan petrol itu.
Sebaik sahaja dia keluar daripada keretanya, kenderaan itu tiba-tiba terkunci dari dalam (autolock) dan memerangkap anaknya.
“Beberapa minit kemudian, lelaki terbabit menyedari penggera keretanya berbunyi dan serentak dengan itu semua pintu terkunci secara automatik,” kata sumber ikepada pemberita.
Pegawai Operasi JPAM Daerah Jasin Sarjan Mejar (PA) Muhamad Alif Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.50 malam daripada orang awam lalu betgegas ke tempat kejadian.
“Cermin tingkap belakang sebelah kiri terpaksa dipecahkan selepas mendapat keizinan bapa mangsa demi nyawa anaknya yang dapat diselamatkan pada jam 9.15 malam,” katanya di sini, malam tadi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment