ONEXOX
BannerFans.com

Cerita Sebenar Mengenai Adik Fatin Imanina Yang Meninggal Disebabkan Chicken Pox

on Monday, September 22, 2014



Kisah arwah Fatin Imanina sekali lagi menjadi viral di media sosial. Maklumat yang disebarkan pula bukanlah maklumat yang lengkap. Menurut sumber tidak rasmi, allahyarhamah Fatin Imanina meninggal dunia kerana menghidap demam chicken pox tahap kritikal.

Rata-rata netizen menunding jari terhadap doktor yang bertanggungjawab membuat pemeriksaan terhadap allahyarhamah dengan leka dan tidak serius. Bagaimanapun, setakat itu saja maklumat yang tersebar. Tiada sesiapa yang ingin mendedahkan kisahnya yang sebenar.

Baca cerita sebenar mengenai adik Fatin Imanina di bawah:

Fatin Imanina, dilahirkan pada 31 Mei 2010. Ibunya, Letabella Ismail, bekerja di Kementerian Pelajaran Malaysia

Pada usia 10 bulan, Fatin Imanina menghidap chicken pox. Sebagai langkah awal, Fatin dibawa ke klinik untuk diperiksa doktor. Bagaimanapun, doktor menganggap ia perkara yang normal dan mereka diberi ubat.

Keesokkan harinya, mereka datang bertemu dengan doktor lagi kerana bimbang dengan keadaan Fatin. Jawapan yang sama diterima, itu perkara biasa. Menurut doktor berkenaan, kalau terkena chicken pox, mestilah demam. Mereka sekali lagi diberi ubat.

Namun, pemeriksaan kali ketiga mendapati kadar oksigen dalam badan turun di bawah paras 60. Barulah doktor menganggap keadaan Fatin sudah kritikal dan mereka dirujuk terus ke pakar di hospital kerajaan.

Keadaan bertambah buruk apabila doktor di hospital kerajaan mendapati Fatin menghidap demam chicken pox tahap kritikal dimana virus menjangkiti luka chicken pox, masuk ke saluran darah dan otak.

Adik Fatin Imanina menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.50 petang pada 28 Mac 2011 di Hospital Serdang.

Takziah buat keluarga Letabella Ismail.

Moralnya, jangan ambil mudah dengan demam chicken pox. Sungguhpun doktor mengatakan simptom simptom yang dialami itu perkara biasa, dapatkan juga pandangan doktor yang lain untuk kepastian yang lebih sahih.

Buat netizen, usahlah menunding jari terhadap mana-mana pihak. Apa yang berlaku adalah takdir Allah. Hentikan sebarang spekulasi yang hanya akan menguris hati keluarga adik Fatin.

Nota Kaki: Netizen suka percaya penyebaran di media sosial tanpa buat research.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved