ONEXOX
BannerFans.com

Bangkai Tikus Dalam Minuman Coklat

on Tuesday, September 2, 2014

Seorang lelaki warga emas melaporkan minuman bercoklat yang dibeli dari sebuah pasar raya terkemuka hujung bulan yang lepas mengandungi bangkai disyaki tikus selepas anaknya mengadu sakit perut.

Mohamad Hashim dari Kampung Sungai Petai, Alor Gajah menyatakan dia sekeluarga tidak menyangka minuman berperisa coklat yang diminum ahli keluarganya itu dipercayai mengandungi bangkai tikus.

Dia terkejut selepas melihat bangkai dipercayai tikus dalam kotak minuman itu selepas anaknya iaitu Hishamudin mengadu sakit perut ketika mahu ke sekolah jam 7 pagi semalam.

Bangkai tikus sepanjang empat sentimeter itu terkeluar daripada gumpalan serbuk minuman yang hampir keras ketika isterinya Siti Noraishah Kassim mahu mencedok menggunakan sudu.

“Saya beli pek minuman itu di sebuah pasar raya di Masjid Tanah awal bulan lalu. Pagi tadi (semalam) isteri mengadu bau busuk apabila membuka bekas berisi minuman itu, namun saya tidak menghiraukannya kerana bersiap menghantar anak bongsu ke sekolah,” katanya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved