ONEXOX
BannerFans.com

Buat laporan polis, PAS Kawasan Nilai tak wujud !

on Monday, September 1, 2014

"Harap PAS Kawasan Seremban atau Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban dapat membuat laporan polis atas kenyataan akhbar Utusan Malaysia yang salah ini. Mana ada PAS Kawasan Nilai ! Juga semak samada Zaidi Zainal Abidin ini adalah ahli PAS mana-mana cawangan di Negeri Sembilan, jika tidak sila buat laporan polis terhadap Zaidi Zainal Abidin ini !



Jangan jadi boneka PKR, DAP

Utusan Malaysia , SEREMBAN 31 Ogos 2014 - Desakan supaya pemimpin Pas tidak tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor terus memuncak apabila ahli dan penyokong akar umbi parti itu di negeri ini mengadakan perhimpunan aman membantah perkara tersebut hari ini.

Desakan itu dilakukan oleh sebahagian ahli dan penyokong akar umbi Pas Kawasan Seremban, Nilai, Rembau dan Kuala Pilah menerusi perhimpunan aman yang diadakan di hadapan Terminal 1 sebagai tanda protes khususnya berhubung keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat parti pada 17 Ogos lalu.

Menurut ketua kumpulan itu, Zaidi Zainal Abidin, perhimpunan itu adalah suara akar umbi ahli serta penyokong Pas yang membantah keputusan mesyuarat berkenaan.

Jelas Zaidi yang juga ahli Pas Kawasan Nilai, keputusan itu secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti Pas.

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140901/po_01/Jangan-jadi-boneka-PKR-DAP

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved