Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang dikenali Norfadhiah Allisa Mohd Faizul parah di kepala selepas dipercayai terjatuh dari koridor bangunan 10 tingkat berkenaan.
Ibu mangsa yang mahu dikenali Maziah Basar menyatakan ketika kejadian dia mengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Nan Hwa, Sitiawan dikejutkan panggilan telefon oleh pihak Hospital Angkatan Tentera (HAT), Lumut memintanya datang ke Unit Kecemasan kerana anaknya mendapatkan rawatan akibat terjatuh.
“Sebaik mendapat panggilan jam 10.
30 pagi itu, saya terus ke hospital dan mendapati anak saya mengalami pendarahan pada kepala serta tidak sedarkan diri.
“Keadaan anak saya ketika itu kritikal dan pihak hospital memberitahu akan memindahkannya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan menaiki helikopter untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di luar Jabatan Kecemasan HRPB di sini, semalam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment