ONEXOX
BannerFans.com

Cerita sebenar Jersi "memalukan" pasukan berbasikal wanita Colombia

on Sunday, September 14, 2014

Sekali pandang, seolah-olah gambar yang tersebar seakan gambar Iucah. Namun bila diperhatikan betul-betul, ia adalah manipulasi warna pada jersi yang dipakai mereka. Berikut merupakan cerita sebenar disebalik pakaian pasukan berbasikal wanita ini:

Sebuah pasukan lumba basikal wanita dari Colombia yang mengambil bahagian di dalam sebuah acara perlumbaan basikal di Itali telah membuatkan orang ramai berasa jelik kerana rekaan jersi yang disarungkan oleh pasukan tersebut lapor media Sabtu lalu.

Pakaian sukan berkenaan yang telah ditaja oleh kerajaan bandar Bogota, diperbuat daripada fabrik yang menyerupai warna kulit di bahagian pinggang dan pinggul... termasuk di bahagian sulit pelumba, yang menunjukkan mereka seolah-olah berbogeI.

"Sangat Menyedihkan" laman web perlumbaan di Itali, Tutobiciweb meletakkan perkataan itu sebagai tajuk utama kepada artikel mereka yang merujuk kepada pasukan berkenaan yang dilihat seperti berbogeI.

Pendedahan kepada gambar tersebut terus menjadi popular dan viral di media sosial di mana ada yang berpendapat rekabentuk tersebut adalah "sangat salah" dan merupakan sebuah "bencana" kepada pasukan berkenaan dan negara yang diwakili.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved