ONEXOX
BannerFans.com

Legasi Ts Abdul Khalid: Rizab simpanan RM3.3 bilion, pelaburan RM60 bilion diamanahkan kepada MB baru

on Monday, September 22, 2014

SHAH ALAM 22 SEPT: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rizab simpanan Selangor kini melebihi RM3.3 bilion dengan nilai pelaburan lebih RM60 bilion sejak beliau menjadi Menteri Besar pada Mac 2008.

Katanya ia adalah hasil daripada tatakelola kerajaan yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab dan berintegriti.

Abdul Khalid berkata hasilnya banyak peluang pekerjaan dapat disediakan bagi belia dan golongan menganggur dengan infrastruktur di bandar dan di desa ditambah baik atau dinaik taraf.

“Bekalan air bersih yang sentiasa diselenggara dan diberi percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan, ratusan juta ringgit disalurkan bagi kemajuan pendidikan di Unisel dan Kuis, di sekolah agama rakyat, kelas fardu ain dan al-Quran dan institusi tahfiz.

“Tidak dilupakan, RM10 juta disalurkan saban tahun kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perpisahan sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata hampir empat juta rakyat menikmati pelbagai bantuan kebajikan disalurkan menerusi dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), yang nilainya sudah mencecah lebih RM1.65 bilion.

“Lebih 20 program, skim dan insentif dikhususkan bagi kebajikan golongan rakyat berpendapatan rendah bawah RM2500 sebulan dan berpendapatan sederhana tinggi bawah RM5000 sebulan dilaksanakan menerusi dasar MES yang dilancarkan pada Jun 2008,” katanya.

Beliau berkata setelah tamat penggal pertama menerajui Kerajaan Negeri beliau sangat berpuas hati dengan sikap “bekerja bersama saya” dalam hal menggembleng usaha dan tenaga menjayakan dasar MES.

“Majoriti rakyat menunjukkan rasa puas hati terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

“Buktinya, kira-kira 1.3 juta daripada lebih 1.7 juta pengundi memberi kemenangan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat seterusnya mengekalkan Kerajaan Negeri di Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13,” katanya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved