ONEXOX
BannerFans.com

Luahan hati Aliff Aziz didapati bersalah curi 2 telefon bimbit

on Tuesday, September 30, 2014



Heboh dunia hiburan hari ini apabila rata-rata media melaporkan berita mengenai penyanyi kelahiran seberang, Aliff Aziz yang dijatuhkan hukuman denda $2,000 setelah didapati mencuri dua telefon bimbit.Ekoran tersebarnya berita tersebut, ramai yang ternanti-nanti ulasan daripada Aliff Aziz sendiri. Melalui Twitter rasmi @Aliffaziz, dia memuatnaik beberapa status seolah-olah tuduhan mencuri itu tidak betul dan media tidak mengetahui cerita sebenar.



Kelab Penyokong Aliff Aziz (@aliffAziz_FC) juga turut mempertahankan artis tersebut melalui ruangan twitter. Mereka menyeru para peminat agar tidak mempercayai berita fitnah itu dan menunggu penjelasan sebenar yang akan dibuat oleh Aliff Aziz sendiri.



Sebelum ini, desas desus kes kecurian ini dapat dihidu oleh media hiburan. Menurut sumber, Aliff berhadapan dengan tuduhan mencuri telefon bimbit, Tetapi bukanlah bermakna dia yang melakukan jenayah tersebut. Dengar cerita akibat terlalu percaya dengan rakan Aliff pula yang kena tuduh.Mungkin pada waktu pemeriksaan pihak berkuasa, barang bukti itu berada di badan Alif, mahu tidak mahu terpaksa jugalah dia disiasat kini.

Apapun, kita tunggu sahaja lah apakah penjelasan yang akan dibuat oleh Aliff Aziz dalam masa terdekat kerana kes seperti ini pasti akan menjatuhkan maruah beliau. Malah, karier sebagai artis juga mungkin akan berkubur.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved