Kita ciptakan pelbagai alasan untuk pinjaman yang satu ini.
Saya kira antara tindakan yang kurang pintarnya buat pinjaman peribadi untuk tujuan berikut ;
1. Buat pinjaman peribadi untuk Tabung Kecemasan anda dan simpan dalam ASB, bila nak pegi Sogo atau Singapura kita dan mula rasa ini kecemasan namanya.
2. Ubah suai kediaman supaya kelihatan macam rumah boss kita.
3. Tambah kabinet dapur, gasebo dan beli ikan untuk kolam kita.
4. Bayar deposit rumah kediaman yang ditempah.
5. Bayaran muka kereta Exora dan Avanza untuk keluarga selesa
6. Mula berniaga goreng pisang atau jadi ushawan sebagai modal perniagaan.
7. Pergi melancong ke Bandung untuk jumpa Luna Maya.
8. Jadikan modal beli emas hingga anda lemas.
9. Modal hantaran meminang anak Kak Mah dan kenduri tujuh dulang.
Jangan cipta hutang untuk beli perkara yang tiada nilai tambah kewangan. Kurangkan bergaya, orang kacak tidak perlukan 'spoiler' kereta.
Wallahu Allam.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment