ONEXOX
BannerFans.com

BAHANA NAFSU BUAS 'PAK IMAM'

on Thursday, September 18, 2014

KUALA TERENGGANU - Bahana cinta ‘pak imam’, seorang pemuda sanggup dijadikan tempat melampiaskan nafsu songsang seorang imam warga emas di sebuah masjid di Gong Badak, di sini, sejak enam tahun lalu.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 24 tahun itu nekad membocorkan rahsia hubungan mereka kepada pihak berkuasa selepas dipercayai tidak tahan lagi melayan kerenah ‘kekasihnya’ itu yang didakwa sering berlaku curang dengannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, imam yang berusia 66 tahun itu dipercayai bukan pertama kali melakukan seks oral terhadap mangsa, malah boleh dikatakan hampir setiap kali mereka berdating iaitu sejak Januari 2008 lagi.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa kali terakhir suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya iaitu pada 4 Disember tahun lalu, kira-kira jam 11.30 malam di salah sebuah balai orang awam di kampung berkenaan.

“Suspek dikatakan telah mengambil kesempatan ketika mereka berjumpa memandangkan suasana persekitaran di situ gelap,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, mangsa mendakwa suspek sebelum ini banyak kali mengulangi perbuatan tersebut terhadapnya, bagaimanapun mangsa nekad membuat laporan polis disebabkan tidak tahan melayan kerenah suspek yang sering berlaku curang terhadapnya.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa pernah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada awal tahun lalu, namun bertindak menarik semula laporan tersebut kerana terpedaya dengan janji manis suspek yang ingin berubah.

“Mangsa mendakwa suspek sebelum ini pernah berjanji dengannya yang dia akan menjaga mangsa dengan sebaik mungkin dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

“Namun, suspek memungkiri janji tersebut, malah lebih menyebabkan mangsa marah selepas mendapati suspek ada menjalinkan hubungan dengan individu lain,” katanya.

Menurut Wan Abd Aziz, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. Katanya, usaha mencari suspek kini giat dijalankan.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved