“Saya seronok berada di sini kerana banyak pengalaman baru yang ditimba. Cara mereka bekerja juga sedikit berbeza daripada kita. Di sini ramai kenalan yang sering membantu saya, memberi peluang serta galakan kepada saya untuk bergiat aktif. Jadi tidak terasa sunyi melainkan rindu kepada keluarga dan teman-teman rapat.”
“Namun, saya ambil keputusan untuk kembali kerana tanpa disangka walaupun tinggal jauh beribu batu dari Malaysia, ada pelbagai tawaran menarik menanti saya.”
“Malah ada produser sanggup menunggu sehingga saya pulang dan baru mereka akan mulakan penggambaran. Ini sangat membuatkan saya terharu kerana saya fikir mungkin orang sudah tidak ingat kepada saya kerana bertahun juga menetap di LA. Insya-Allah saya akan terbabit dalam sebuah produksi filem hujung tahun ini,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment