Ratusan peserta membanjiri Central Park, One Utama, pagi ini bagi acara "Saya Mahu Sentuh Anjing" yang bertujuan untuk membantu orang ramai mengatasi rasa takut mereka dari anjing.
Menurut Facebook I Want To Touch A Dog, acara ini merupakan satu kejayaan yang besar dengan apabila orang ramai tidak sabar-sabar menghantar gambar mereka, komen dan pengalaman di sana
Ramai yang menyifatkan acara itu sebagai "benar-benar indah" dan berterima kasih kepada pihak penganjur.
Antara yang hadir ialah panel speaker Melayu dan seorang sarjana Islam yang mahu menjawab semua keraguan dan pertanyaan daripada orang ramai.
Acara ini juga menyediakan tutorial menyertu bagi menerangkan bagaimana untuk membersihkan diri setelah memegang anjing
Post by Jovian Anak Lee.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment