ONEXOX
BannerFans.com

Amboii.. kemain lagi Qi Razali & Nelydia Senrose bercuti di Krabi

on Thursday, October 16, 2014



Ada duit semua boleh jadi. Untung jadi selebriti ni kan? Tak perlu nak tunggu bonus berbulan-bulan untuk pergi bercuti sambil menikmati keunikan negara orang.

Begitu juga dengan pasangan sejoli, Qi Razali dan Nelydia Senrose yang kini sedang enjoy di Krabi. Setahu kami, ini bukanlah percutian pertama mereka kerana sebelum ini mereka juga pernah melancong ke London pada bulan Februari yang lalu.

Ha.. kali ini nampaknya mereka memilih pantai untuk relax-relaxkan minda. Sambil tu sudah tentu mereka mahu menikmati keindahan Krabi yang memang famous dengan kejernihan air lautnya kan.



Sebelum bermulanya pelbagai spekulasi nakal, Qi awal-awal lagi dah mewar-warkan bahawa dia bukan berdua sahaja, tetapi turut disertai oleh keluarga Nelydia.

Walaupun belum sah bergelar anak menantu, hubungan Qi dan ahli keluarga Nelydia sememangnya agak akrab. Kira memang menantu favourite lah nanti kot?






Yelah, kami pun ada terdengar juga bahawa mereka bakal mengikat tali pertunangan tak lama lagi. Baguslah begitu. Perkara yang elok rasanya memang molek disegerakan. Setuju tak?

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved