ONEXOX
BannerFans.com

BAM: PEMAIN BANDMINTON TERKEMUKA NEGARA GAGAL UJIAN DOPING

on Monday, October 20, 2014

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai dari Badminton Association of Malaysia (BAM) semalam telah mengesahkan seorang pemain badminton terkemuka negara telah gagal doping semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen pada bulan Ogos.

BAM dan pihak yang berkaitan telah dimaklumkan selepas Sukan Asia baru-baru ini di Incheon.

Pemain lelaki terkemuka tersebut, yang telah memenangi pelbagai pertandingan, telah bermain di Incheon dan turut menyumbang pingat.

Pegawai itu berkata ujian doping pemain menunjukkan kesan dadah ditahap yang rendah yang diharamkan oleh World Anti-Doping Agency (WADA).

Pemain tersebut sedang menunggu hasil dari ujian sampel "B".

"Saya tidak ingat nama bahan tersebut tapi ini bukan steroid anabolik atau ubat untuk meningkatkan prestasi.

Proses untuk mendapatkan hasil dari ujian dadah biasanya mengambil masa antara 2 hingga 10 hari, dan identitinya akan diumumkan sebaik sahaja keputusan ujian sampel B didedahkan.

Antara pemain yang menjadi perhatian semasa di Incheon adalah pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong wei, Chong Wei Feng, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Goh Soon Huat, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Tan Boon Heong dan Hoon Thien How.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved