Ini kerana artis yang mesra dengan panggilan Che Ta itu berkemampuan membiayai sendiri urusan bersalin, kata Hadzril Rizal, Penyelaras SAMM Johor.
“…sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ.
“Ramai rakyat Johor terpaksa berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malah senarai menunggu untuk rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga begitu panjang,” kata Hadzril dipetik Malaysiakini.
Hadzril juga menyebut kes adik Mohd Aqil Rida dari Parit Sulong, Johor yang memerlukan sumber kewangan bagi pembedahan jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN).
Che Ta, 41, yang bakal bersalin pada bila-bila masa, mengandung anak pertama hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin. Mereka diijabkabul pada 11 Disember 2013.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment