Rozita berkata, tawaran itu diterimanya kerana itu adalah rezeki ang sudah ditentukan Allah untuk anak yang dikandungnya.
Dipetik dari mStarOnline,
"Apa saya boleh cakap, saya sentiasa bersyukur terhadap rezeki anak yang saya kandung. Saya tidak tahu mengapa orang mempertikaikannya kerana kos yang ditaja itu tidak terlalu tinggi ataupun melibatkan nilai ratusan ribu ringgit.
"Saya percaya pihak hospital itu juga mempunyai cara mereka untuk membantu pesakit-pesakit lain yang memerlukan tetapi dengan cara berbeza," ujarnya.
Kecoh di media sosial sebelum ini, Hospital Ampang Puteri menawarkan pakej bersalin kelas pertama kepada Rozita. Tawaran tidak berpatutan itu mengundang kritikan negatif dari netizen.
Bagaimanapun menurut Rozita, itu bukanlah satu-satunya tajaan yang diterimanya sepanjang sembilan 9 mengandung anak pertamanya dengan Zain Saidin.
"Terlalu banyak tajaan yang datang sampai tidak larat nak terima sehingga pihak pengurusan terpaksa buat pilihan yang terbaik, namun saya faham ia sebagai promosi untuk mereka juga. Jadi kalau boleh memang saya ingin bantu mana yang termampu dan tidak tahu pula boleh timbul isu lain seperti ini," ujarnya.
Pihak Hospital Ampang Puteri yang dihubungi, enggan memberikan sebarang penjelasan mengenai isu tersebut, sebaliknya mereka akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment