ONEXOX
BannerFans.com

DIBELASAH SUAMI KETIKA BACA AL-QURAN

on Sunday, October 12, 2014

ALOR SETAR: Seorang wanita mendakwa dipukul oleh suaminya yang terjaga dari tidur ketika dia sedang membaca al-Quran dan Yassin.

Fadzilah Ismail, 50, akhirnya mengalami patah tulang dalam pengalaman pahit itu.

"Dia begitu agresif. Mula-mula dia menumbuk saya, kemudian mengheret saya ke lantai dan memijak kaki, tangan dan muka," dakwanya sambil dilinangi air mata di Hospital Sultanah Bahiyah di sini Sabtu.

Fadzillah, yang bekerja di sebuah kedai percetakan juga mendakwa suaminya yang berusia 59 tahun itu telah memukulnya selama bertahun-tahun tetapi tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai perkara itu.

Tetapi pengalaman pahit terbaharu yang dilaluinya, di mana suaminya menderanya tanpa henti selama tiga jam dari pukul 4.15 pagi pada hari Isnin, adalah keterlaluan.

Fadzillah, yang berasal dari Kampung Sentang, Utan Aji di Kangar, berkata sepupunya menghantarnya ke Hospital Kangar sehari selepas dipukul selepas mengalami kesakitan yang teramat.

"Kemudian saya membuat laporan polis di Arau. Keesokan harinya, saudara-mara saya menghantar saya ke Hospital Sultanah Bahiyah di mana saya diberitahu saya mengalami patah tulang," katanya, sambil menambah dia perlu menjalani pembedahan minggu depan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mereka sedang menyiasat kes.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini di mana kita memerlukan perintah mahkamah.

"Bagaimanapun, apabila saya mendapat laporan dari hospital mengenai kecederaan Fadzilah, kami akan mengklasifikasikan semula kes itu dan mengambil tindakan yang perlu," katanya ketika dihubungi Sabtu.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved