Selebriti jelita yang baru melangsungkan perkahwinan nya Erin Malik masih belum jawab mengenai Gambar Viral yang di katakan diri nya yang kini tersebar di media sosial.
Melalui ruangan Hiburan di Utusan Online, Erin Malik masih belum jawab mengenai gambar Viral tersebut.
Terkejut Goyah apabila melihat foto-foto Erin Malek yang menjadi viral di laman sosial beberapa hari lepas.
Ini bukan foto majlis pernikahan atau resepsinya bersama suami, tetapi tiga keping foto dia berada di kelab malam dalam situasi mendebarkan.
Kononnya, si Erin yang popular menerusi drama bersiri Misiku Kuza itu sedang asyik sekali berhibur di sebuah kelab, seiring dengan Oktoberfest yang dikecam banyak pihak.
Apa sebenarnya cerita di sebalik gambar ini? Jangan tanya Joyah. Sampai hari ini, Joyah pun tidak pasti apakah foto itu merupakan adegan daripada salah satu drama lakonan Erin atau memang benar gambar dia sedang bersosial.
Joyah cuba mendapatkan penjelasan daripada Erin. Namun, sejak bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Erin seperti agak berat untuk membalas panggilan pihak wartawan.
Walaupun Joyah tahu dia ada membaca Whatsapps yang dihantar, pelakon itu memilih untuk berdiam diri yang mana ini meninggalkan tanda tanya kepada semua orang.
Apapun, Joyah harap Erin akan tampil menjelaskan semuanya. Sekurang-kurangnya kita lebih jelas dan tidak membuat tafsiran yang kurang molek mengenai pelakon cantik ini.
Lagipun ini bukan kali pertama Erin berhadapan dengan isu kontroversi, jadi para pembaca dan peminat Erin di harap bersabar menunggu penjelasan dari Erin mengenai gambar tersebut yang di kecam hebat di media sosial, pada Erin Semoga berbahagia bersama suami tercinta.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment