ONEXOX
BannerFans.com

Ibu tunggal sakit kronik diberi notis keluar rumah di Senawang

on Monday, October 13, 2014



Saya dimaklumkan seorang ibu tunggal di sebuah taman perumahan di Senawang yang menghidap pelbagai sakit kronik telah diberi notis untuk keluar rumah sebelum 22 Okt 2014 kerana mempunyai tunggakan sewa rumah untuk 2 bulan sebanyak RM600. Ibu tunggal ini sebelum ini bekerja sebagai tukang masak namun telah berhenti kerja akibat penyakit tersebut.

Ibu tunggal ini mempunyai 2 orang anak , seorang di sekolah menengah, seorang lagi di IPTA.

Sebelum ini, keluarga ini mendapat bantuan JKM, tetapi dimaklumkan bantuan tersebut telah dihentikan apabila anaknya masuk IPTA.

Bantuan dari Baitul Mal pun sebelum ini sudah diperolehi namun masih belum mencukupi.

Kepada mereka yang ingin mendapat maklumat mengenai keluarga ini atau membantu keluarga ini sila hubungi sahabat saya Mohamad Hassan di talian 019-2171942 atau saya sendiri Rozmal 012-2267406

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun 155126945930

Yang benar,
Haji Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

http://yam-ns.blogspot.com 

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved