Tindakan seorang lelaki bernama Ryan Matjeraie pada 10 Oktober yang lalu menjadi viral di Facebook. Tindakannya mulianya itu wajar dicontohi oleh orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama.
Ryan pada 10 Oktober lalu memuat naik gambar membayar tol di Lebuh Raya Shah Alam dengan sekali bayar untuk kereta beberapa buah kereta di belakangnya tanpa mengenali siapa mereka.
Kemuliaan hati Ryan ini mendapat 12,532 Like di Facebook! Banyak gile like!
Untuk pengetahuan anda, Ryan Matjeraie adalah seorang DJ bagi stesen radio Hitz.fm. Mereka sebenarnya sedang membuat segmen #ipromise, iaitu 'saya janji untuk buat ____' dan mereka harus mengambil gambar untuk dijadikan sebagai bukti bagi peminat mereka.
Ada yang lagi menarik. Salah seorang pengguna Facebook turut berkongsikan cerita yang sama berlaku padanya:
"Saya ada pengalaman di hiway duke.kereta depan dah bayarkan untuke kereta saya. Time tu nak hulur rm2, adik jaga tol tu bg tau kereta depan dah tolong bayarkan. Tak sempat pun tengok siapa orgnya..saya cuma sempat kirimkan doa untuk dia.semoga Allah menggandakan rezki dia dan permudahkan urusan dia..
Lepas pada jugak tu saya bayarkan tol untuk org blakang di tol gombak. Saya niatkan pahala untuk orang yg bayarkan untuk saya..so kalau org yg dibelakang saya pun buat pkara yg sama, maka jadila dia kisah kebaikan yg berterusan.
Lagi satu for me benda ni takdela isu riyak ke nak menunjuk2 pun. Perkara yg baik apa salahnya kita sebarkan. Tentang ikhlas atau tak tu kerja Tuhan. Semoga semua org akan jadi org yg selalu bermurah hati dan berebut2 membuat kebaikan..fastabikul khairat." - Cik Rosya
Begitu juga dengan seorang lelaki bernama Syah Ha:
"Cuma berkongsi je. saya pun selalu buat mcm ni. di tol bt 3 shah alam setiap jumaat. dan saya tau ramai lagi yang buat macam ni sebenarnya. niat sedekah utk permudahkan semua org di jalan raya dan ahli keluarga. alhamdulillah. good things will come later. Jangalah cakap bro ni menunjuk. dia nak create awareness saja. jgn lokek bersedekah insyaAllah ada share untuk kita di sana kelak."
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment