ONEXOX
BannerFans.com

Luahan Hati Pelanggan Yang Mendapat Layanan Buruk Dari Tukang Kasut Cina Alamanda

on Wednesday, October 15, 2014



Seorang individu telah menghantar luahan tidak puas hatinya terhadap sebuah kedai membaiki kasut yang bersikap biadab terhadap pelanggan melalui emel kepada kami. Baca luahan pengadu di bawah:

Kedai Kasut Fix Service Alamanda Biadab!

Semalam saya hantar kasut yang rosak di sebuah kedai membaiki kasut, Fix Service yang bertempat di Alamanda, Putrajaya. Memandangkan itu saja tempat yang paling dekat dan tiada pilihan kedai yang lain, maka terpaksa jugalah menghantar ke sana. Pada petang semalam, pekerjanya memberitahu saya, tidak mungkin dapat disiapkan hari ini sebab banyak kasut yang perlu dibaiki. Saya pula tidak terlalu mengejar masa, lalu saya menetapkan esok petang pada waktu yang sama juga saya akan kembali mendapatkan kasut itu. Lalu dia memberikan saya sekeping resit dengan jaminan akan siap esok.

Sekembalinya saya ke kedai hari ini pada jam 5.45 petang, saya menyerahkan resit kepada seorang lelaki cina, pekerja yang semalam juga ada di kedai tersebut. Lelaki cina itu tercari-cari dimana letaknya kasut yang saya hantar semalam. Setelah lima minit, lelaki cina itu memaklumkan kasut itu saya masih belum dibaiki dan meminta saya datang kembali dalam masa 30 minit lagi.

Terus saya bertanya kepadanya, "Eh? Saya dah tinggalkan satu hari kasut saya di sini.. takkan tak siap lagi?"

Lalu lelaki cina itu menjawab, "You tak nak buat, you ambiklah!" jawabnya dengan nada yang biadab dan kasar.

Tersentak dengan jawapan biadabnya itu. Sedangkan saya cuma bertanya kenapa tak siap sedangkan sehari dah tinggalkan kasut. Nada saya bertanya pun bukannya nak cari pasal, cuma hairan. Dia pula tiada angin tiada ribut tiba-tiba mengeluarkan kata-kata biadab sebegitu kepada pelanggannya.

Sudah dia berkata begitu, saya pun ambillah kasut tadi. Namun, tiba-tiba balacinya pula memanggil,

"Oi oi! Resit dalam tu!"

Lalu diselongkarnya plastik kasut tadi untuk mengambil semula salinan resit merah.

Sudahlah tak dapat perkhidmatan, dipanggilnya oi pula? Cantik bahasa kau budak? Kau ingat aku ni kawan lepak kau ke?

Inilah perangai pemilik Fix Service Alamanda dan balacinya yang biadab dan kurang ajar! Tukang kasut tepi jalan di sekitar Kuala Lumpur itu lagi baik budi bahasanya dari korang.

Kalau korang nak repair kasut, baik cari kedai lain yang lebih tahu nak menghargai pelanggan. Bukannya macam dua ekor beruk ni tau nak kurang ajar dengan pelanggan.

Iskandar
Mangsa Fix Service

__________________________________________________________

Sebagai peniaga, seharusnya mengotakan apa yang telah dijanjikan. Jika terlambat sekalipun, usahlah berkata sedemikian pada pelanggan kerana pelanggan menuntut apa yang telah dijanjikan. Bukannya menuntut apa yang tiada dan direka-reka.

Moga menjadi pengajaran kepada peniaga yang lain. Hormat pelanggan, dan pelanggan pun akan hormat peniaga.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved