ONEXOX
BannerFans.com

MAKLUM BALAS JAIS MENGENAI ISU MEMEGANG ANJING

on Sunday, October 19, 2014



Baru-baru ini kita dikecohkan dengan satu program yang diberi nama "I Want To Touch A Dog" yang katakan bertujuan untuk membuang perasaan takut orang Malaysia terhadap anjing.

Kes ini bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini beberapa kes orang Islam di Malaysia memegang anjing sudah beberapa kali menjadi isu di Malaysia. Bagi menjelaskan isu tersebut, satu laporan dari pihak JAIS telah dikeluarkan pada tahun 2010 lagi.

Anda boleh membaca laporan dengan membuka pautan ini.  Selain dari isu memegang anjing, laporan setebal 6 muka surat itu juga ada menyentuh isu berkenaan mazhab.

Berkenaan dengan isu memegang anjing, laporan tersebut ada menyebut, memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. TETAPI perlu diingat bahawa perbuatan memelihara anjing sebagai hobi tidak dibolehkan mengikut mazhab Shafie melainkan jika anda mempunyai sebab-sebab tertentu (sila rujuk laporan pada muka 2).



Keratan laporan yang menyatakan memegang anjing tidak salah.

Pada pendapat kami, eloklah sekiranya kita cuba mengelak dari membuat sesuatu perbuatan yang kita curigai.

Selain itu, perlu diingat, cara hidup yang terbaik adalah cara hidup Nabi. Teramatlah elok jika kita cuba mengikut apa yang dibuat oleh Nabi dan apa yang tidak dibuat oleh Nabi serta menjauhi gaya hidup musuh-musuh Islam.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved