Maksudnya selipar berbentuk biasa ini dah lama ada, bukannya ketika kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.
1) Ketika kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, mereka menyeksa tahanan dengan menampar muka menggunakan selipar. Selipar ini juga digunakan untuk menyeksa tahanan di penjara, Caranya ialah dengan memasukkan selipar ke mulut mangsa, dipaksanya tahanan tersebut menggigit selipar hingga patah gigi.
2) Tentera Jepun juga dikenali kerana nafsu buas dan bengis, merogol perempuan-perempuan dan memasukkan selipar ke kemaluan mangsa. Perbuatan yang diumpamakan lebih kejam dari binatang.
3) Tentera Jepun memaksa tahanan memasak selipar, kemudian di suruh makan selipar. Perencah masakan selipar itu adalah air sabun cap XXX.
4) Pada zaman Jepun memerintah, kasut memang sukar untuk diperoleh. Kerana ketika itu harga kasut memang melambung, dengan wang daun pisang Jepun yang sudah tidak laku, maka penduduk Malaya terpaksa pergi ke mana-mana menggunakan selipar. Hanya tentera Jepun atau balaci Jepun sahaja yang berkasut.
5) Dan akhirnya, disebabkan takut dengan kekejaman jepun, bila ternampak selipar, maka orang-orang dahulu terus memanggilnya sebagai SELIPAR JEPUN.
Dari zaman ke zaman dan dari generasi ke satu generasi, selipar jepun menjadi popular dan telah diterima oleh seantero Tanah Melayu, dengan menggelarkan mana-mana selipar sebagai selipar Jepun.
Tetapi jika anda berpeluang melawat negara Jepun, sebenarnya selipar jepun itu (Japanese Slipper) sebenarnya adalah istilah kepada ‘mix drink’ atau pun lebih dikenali sebagai arak yang dicampur dengan manisan
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment