ONEXOX
BannerFans.com

TEMAN LELAKI BUAS UGUT JANDA

on Sunday, October 12, 2014


Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Gara-gara dituduh curang, seorang ibu tunggal terpaksa hidup dalam ketakutan apabila diugut bunuh oleh teman lelaki yang baru dikenalinya.

Tidak cukup dengan itu, teman lelakinya itu turut mengugut akan menghantar ilmu 'santau' kepadanya selepas tidak berpuas hati dengan mangsa yang kerap pulang lewat dari tempat kerjanya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yati, 46, berkata, teman lelaki yang dikenalinya sejak Mac lalu itu turut mengugut akan mencederakan anaknya selepas dia meminta untuk memutuskan hubungan.

Mangsa yang berkerja sebagai pengawal keselamatan itu mendakwa, dia mensyaki teman lelaki berusia 22 tahun itu menagih dadah kerana sering meminta duit daripadanya.

"Saya buntu mencari jalan penyelesaian, malah turut tertekan kerana diganggu setiap hari selepas saya minta untuk memutuskan hubungan.

"Dia pernah mengugut untuk bunuh saya dan berkata tidak takut sekiranya perkara itu dilaporkan kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia menerima ugutan itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berkenaan selepas teman lelakinya itu mencuri wang tunai dan telefon bimbitnya ketika dia keluar ke tempat kerja.

Yati memberitahu, dia tidak tahu di mana teman lelakinya itu ketika ini tetapi risau sekiranya dia mencarinya semula dan mencederakannya.

"Ketika mula-mula mengenalinya, dia seorang yang sangat baik dan menghormati saya, tetapi tiba-tiba dia berubah selepas berkawan dengan beberapa individu yang mungkin penagih dadah.

"Saya selalu pulang lewat kerana kerja lebih masa, tetapi dia pula menganggap saya mempunyai hubungan bersama lelaki lain menyebabkan dia kerap marah dan selalu meminta duit daripada saya,"katanya.

Mangsa yang risau dirinya akan terus diganggu teman lelaki itu bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar H S Lee, semalam.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved