Kuala Lumpur, 19 Nov - Jika sebelum ini sudah terdapat desas-desus yang tidak elok mengenai pusat jagaan kucing, Omiey Home, hari ini, tuan kepada pusat jagaan kucing tersebut telah didenda sebanyak RM800 manakala seorang pekerjanya Helmy Jazman pula dikenakan denda RM 300 kerana mengabaikan 17 ekor kucing sehingga 4 daripadanya mati.
Menurut laporan, kucing-kucing tersebut mati setelah dijangkiti virus dan kekurangan zat makanan dalam tempoh yang lama.
"Laporan juga menunjukkan pemilik itu gagal menyediakan tempat tinggal yang baik kepada 200 ekor kucing lain yang turut di bawah pusat jagaan itu, selain kelihatan kurus dan lemah," kata Pegawai Pendakwa Haizah Musa dari Jabatan Veterinar, memetik laporan dari Bernama.
Norhazlin bagaimanapun menyatakan perkara tersebut adalah diluar kawalannya kerana pusat jagaannya menerima kucing yang kebanyakannya cacat dan juga berpenyakit.
"Saya hanya melakukan apa yang termampu dengan peruntukan sedia ada kerana pusat jagaan hanya mengenakan bayaran serendah RM50 seekor (kepada kucing) yang dihantar orang ramai.", katanya.
Menurutnya lagi dengan peruntukan yang diterima itulah yang diguna untuk membeli segala kemudahan termasuk makanan, ubat, tempat tinggal, berserta dengan kos menggaji dua pekerja.
Sebelum ini, ramai netizens menyatakan ketidak puas hatian mereka mengenai pusat jagaan tersebut yang banyak meminta bantuan dari orang ramai tetapi menurut mereka, kucing di rumah jagaan tersebut banyak yang tidak sihat.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment