ONEXOX
BannerFans.com

Al-Quran Dibakar Dijumpai Dekat Tokong Cina

on Thursday, November 20, 2014



ALOR STAR: Wagra Alor Star hari ini dikejutkan dengan penemuan cebisan Al-Quran yang telah dibakar di tempat ibadat agama Buddha di Supermarket Billion, Jalan Tungku Abdul Rahman di sini pagi tadi.

Kejadian tersebut telah disedari oleh seorang lelaki apa bila ternampak cebisan Al-Quran yang telah dibakar berterabur dikawasan tersebut ketika melalui kawasan rumah ibadat itu. Beliau terus memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan supermarket tersebut dan mereka bergegas untuk melihat sama ada betu atau tidak.



Pihak pengurusan ternyata terkejut apabila sampai di situ dan terus menghubungi pihak polis. Pihak polis yang mendapat laporan tersebut terus bergegas datang dan kemudian disusuli oleh Majlis Agama Islam Kedah(MAIK), Unit Forensik IPK Kedah, Unit Forensik(Bomba), Pegawai Penyiasat dari IPD Kota Setar, RKS dan lain-lain.

Bagaimanapun pihak polis masih gagal mengesan pelaku perkara tersebut memandangkan tiada saksi semasa kejadian.



Penduduk berbangsa Cina di kawasan berdekatan menafikan terlibat dan polis dalam siasatan awalnya tidak menolak kemungkinan perbuatan keji ini dilakukan oleh pemuja nombor ekor.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved