Penyanyi dangdut Amelina akui dia telah buat sebanyak 3 kali solat istikharah sebelum memutuskan untuk membuat comeback semula ke dunia hiburan.
Amelina yang kini berumur 40 tahun berkata dia yakin dengan comeback ke industri hiburan selepas 15 tahun menyepikan diri kerana faktor keluarga.
Amelina juga dilihat sedih apabila lagu dangdut semakin terpinggir dan tidak mendapat sambutan pada masa kini, namun berharap dapat mengembalikan kegemilangan lagu dangdut.
Ini komen Amelina (mStar):
"Saya sudah lama memikirkan untuk kembali semula sebagai penyanyi namun banyak perkara yang saya fikirkan membantutkan usaha itu.
"Sehingga saya buat tiga kaki solat istikharah, barulah saya dapat jalan dan keyakinan untuk teruskan niat ini pada masa yang sangat sesuai,"
"Saya akan tampil dengan gaya baru yang tidak terlalu seksi kerana perlu menjaga maruah anak-anak yang semakin membesar serta ibu.
"Lagi pula saya dikenali tanpa tarian seksi atau gelek, jadi tiada masalah tentang tarian kerana orang hanya ingin dengan lagu dan suara saya sahaja,"
"Sudah tentu saya sedih melihat lagi dangdut sudah tidak dapat perhatian seperti dahulu dan terpinggir.
"Saya juga ada terfikir bagaimana kalau saya tidak menghilang dahulu, adakah ia masih bertahan hingga kini.
"Apa pun saya akan cuba kembalikan genre ini dengan cara baru nampak mahal dan tidak terus dilabel sebagai muzik kampung,"
Amelina berkata, dia kini masih dalam proses mencari masa yang sesuai untuk proses rakaman bersama komposer Ajai dalam masa terdekat. Amelina yakin dengan kemampuan Ajai.
Single terbaharu itu bakal dikeluarkan pada pertengahan Disember depan. Amelina akui sedikit gementar kerana sudah lama tak masuk studio.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
Ko nak menyanyi sampai sanggup buat Istikharah??? Aku nk tau gak, petunjuk mcm mna yg diberikan lps dia buat istikharah tu.
November 24, 2014 at 7:05 PM
Post a Comment