ONEXOX
BannerFans.com

Chef Wan hati panas kerana anak Rozita Che Wan

on Tuesday, November 4, 2014



Sejak Rozita Che Wan melahirkan puterinya beberapa hari lepas, setiap hari pasti ada je cerita yang keluar. Dari ucapan tahniah hinggalah soal bersolek sebelum beranak pun dijadikan isu.

Paling kami tak faham apabila ada segelintir manusia yang membeza-bezakan anak Che Ta dengan Lara Alana iaitu puteri sulung Scha Alyahya.

Namun, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Chef selebriti terkenal, Chef Wan pula melenting kerana anak Che Ta. Dah kenapa?

Rupa-rupanya, Chef Wan meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir pengikut di laman sosial yang mengkritik dan mengutuk Che Ta.

Melalui kapsyen yang ditulis di akaun Instagramnya, dapat kami rasakan perasaan menyampah Chef Wan dengan haters tersebut. Mana taknya, Chef Wan turut menyelar tindakan mereka sebagai ‘bitchy’.

Lagi kami terkejut apabila Chef Wan siap suruh mereka masuk neraka jahanam jika tak boleh bersangka baik dengan orang lain tau! Fuh, menikam kalbu sungguh kata-kata Chef Wan.

Nak dijadikan cerita, Scha Alyahya turut memuat naik semula foto tersebut di Instagram miliknya dan seolah-olah bersetuju dengan Chef Wan. Tapi, kami lihat semakin galak pula pengikut instagramnya menghentam Chef Wan.

Haihh, kami pun pening. Kalaulah si comel berdua (anak Che Ta & Lara Alana) ini sudah boleh berfikir, mesti mereka takut dengan sikap manusia zaman sekarang.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved