ONEXOX
BannerFans.com

Cikgu merungut tak boleh cuti dengan aman

on Saturday, November 22, 2014

Cuti sekolah tiba lagi, namun para guru tidak dapat bercuti dengan aman kerana memikirkan tanggungjawab berat yang menunggu mereka pada tahun persekolahan 2015.

China Press melaporkan, senarai 100 tugas cikgu dikhabarkan sudah tersebar melalui Internet sementara ramai guru merungut di alam maya selepas menyemak senarai tersebut.

Antara tugas yang menunggu cikgu termasuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS), Mentor Mentee, VLEFrog (pengajaran menggunakan Internet) dan HRMIS (sistem maklumat sumber manusia).

Walaupun bukan semua guru akan terlibat dalam kesemua 100 tugas, namun dijangkakan setiap cikgu masih memikul sehingga 80 peratus tugas.

Beberapa tugas turut mengkehendaki cikgu mengerja masa untuk memasukkan maklumat berkenaan dalam masa yang ditentukan.

SAPS (pengisian markah pelajar) juga merupakan tugas yang memeningkan cikgu.

Seorang cikgu memberitahu, komputer di sekolah adalah terhad dan ramai pendidik perlu menggunakannya secara bergilir, namun tempat kosong masih sukar ditemui.

Sesetengah cikgu merungut beban kerja yang berat mungkin memaksa mereka bertugas di sekolah pada Sabtu termasuk bermesyuarat, mengemas kini rekod, menghadiri kursus atau menganjurkan aktiviti.

Sementara itu, cikgu juga perlu menghadiri 25 kursus secara dalam talian dan menjalani peperiksaan melalui Internet.

Sekiranya, seseorang guru memperolehi markah di bawah 60, maka pendidik tersebut perlu mengambil ujian semula.

Kerja yang berat ditambah dengan ujian, maka tidak hairanlah ramai guru merungut.




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Habis tu sebulan budak cuti sebulan juga cikgu nak cuti banyak lemak..orang lain bertungkus lumus keja..cikgu se sedap nak cuti panjang..setakat mengajor lebih kurang semua orang nak..bosan ngan kerenah guru guru yang mengada gada ni..bonus nak, gaji nak banyak, prestasi kerja hancur..nak pulak yang kaki membangkang..


November 22, 2014 at 7:50 PM
Anonymous said...

cakap mcm ko tu keje cekgu.jadi cekgu dulu baru komen. mulut pandai cakap, tangan pandai komen je. mcm tin kosong. bunyi je kuat, isi tadak langsung


November 22, 2014 at 10:11 PM
Edy Wok said...

cikgu memang banyak lemak. kalau aku jumpa cikgu yg aja aku marin aku tumbuk muka dia


November 23, 2014 at 1:14 AM
Anonymous said...

ape susah... moh tukar kerjaya... erm... alang-alang kat ofis buat part time sales, ape kate buat fulltime jadi sales person... tak de masalah, tak perlu merungut lagi... ;)


November 24, 2014 at 3:22 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved