ONEXOX
BannerFans.com

Guna 'Cable' Tak Jamin Dapat Jawatan Dalam Sektor Awam #EhYeke Baca Pendedahan Tambahan Di Bawah

on Thursday, November 27, 2014



Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem 'kurang bersetuju' dengan persepsi kononnya terdapat penglibatan 'orang dalam' atau lebih dikenali sebagai 'cable' untuk memudahkan seseorang pemohon mendapatkan jawatan dalam sektor awam.

Jelasnya, walaupun perkara itu ada kebenarannya tetapi ia tidak semudah yang didakwa sesetengah pihak.

Menurutnya, walaupun perkara itu ada kebenarannya, tetapi ia tidak semudah yang didakwa sesetengah pihak.

"Apa yang disebut 'its not that what you know, but whom you know' (bukan berkaitan apa yang anda tahu tetapi siapa yang anda kenali) untuk mendapatkan kerja itu memang ada kebenarannya.

"Tetapi kita harus ingat, untuk mendapat pekerjaaan khususnya dalam perkhidmatan awam, pemohon harus melalui temuduga oleh lebih seorang penemuduga dan kadang kala sehingga lima penemuduga terlibat," katanya pada sesi soal jawab Dewan Rakyat di sini, Khamis.

_____________________________________________________

Mengikut kajian kami, pemohon lebih cenderung menggunakan 'orang dalam' berbanding menggunakan 'cara halal' untuk mendapatkan jawatan dalam sektor kerajaan. Ini kerana, bagi mereka adalah sia-sia jika ada 'cable' dalam kerajaan tetapi tidak digunakan/dimanfaatkan peluang untuk mendapatkan kerja berstatus 'tetap' berbanding kontrak.

Selain itu, ada juga yang menggunakan cable untuk mendapatkan jawatan kontrak dalam sesebuah agensi kerajaan untuk satu tempoh masa tertentu. Apabila mempunyai 'peluang' keemasan, 'cable' yang dipergunakan akan mengubah status kontrak kepada jawatan tetap dalam kerajaan. Menjadikan orang yang berkelayakan ditindas dengan keputusan 'orang dalam' itu tadi.




Tidak kurang juga, ada yang menggunakan 'cable' untuk tujuan kenaikan pangkat tanpa perlu melalui temuduga walaupun kelayakan tidak setimpal untuk menjawat sesebuah jawatan berkenaan.

Golongan² pemohon yang gemar menggunakan jalan pintas dan golongan² 'orang dalam' atau 'cable' ini adalah punca sebenar lambakan kakitangan awam yang tidak berkualiti menjadikan imej kerajaan sentiasa buruk di mata rakyat. Tiada guna Menteri Sumber Manusia menafikan perkara ini jika realiti sebenarnya golongan² seperti ini masih bermaharajalela dalam sektor awam.

Ini berlaku, usah menafikan. Kami tahu apa yang berlaku dalam sektor kerajaan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

ini laa y berlaku kat si nedim tu anak dato' seri nazri...ttb jek dpt jd pegawai khas bapak die..ko tgk laa nti bl bapak ko xjd menteri..jgn harap ko nk kekal jwtn dlm gomen..buat keje nye tak asik berkepit je 24 jam ngn si nora tu...


November 27, 2014 at 8:32 PM
Anonymous said...

Dlm famili, boleh tengok adik beradik bekerja dlm kementerian yg sama. Jawatan hebat2, rumah banglo. Yg baru masuk, tengah kumpul duit. Tak lama jd camtu gak.
-Tak semua. Masih ada yg jujur cari kerja.


November 28, 2014 at 6:12 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved