Kesian kat mak bapak budak tue. Habis satu Malaysia kenal anak dia. Wajah seorang pembuli. Jiran2, rakan2, sedara mara semua akan menyindir dan melaukkan dia kaw2. Kalau pun sokong, sokong depan2 aje la. Kat belakang2 budak tue tetap akan kena kutuk. Silap budak tue memang silap.
PERTAMA. Itu HP sapa yang hilang. Yang tuan punya pun relax2. Yang ko lebih2 dah kenapa? BODOH la lue.
KEDUA. Yang p bawa HP mahal2 ke sekolah. Sapa suruh? Bila hilang nak sentap. Bawa HP mahal2 nak bajet cool, bergaya dan mewah. BODOH la lue student.
KETIGA. Dah tahu ada kecurian, p la lapor cikgu. Yang nak p bunuh anak orang dah kenapa?
Sekarang lue rasakan. Tindakan lue membuli memang wajar dikecam. Budak tue pun suspect aje. Bukan terbukti mencuri. Cilakak punya orang. Suka2 belasah anak orang. Nasib baik tak mati.
Baca ;
Lapan pelajar tingkatan empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau di sini, diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar tingkatan dua, pada minggu lalu.
Kesemua mereka diambil keterangan di sekolah berkenaan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, kira-kira pukul 12 tengah hari.
Menurut sumber, hasil siasatan awal mendapati salah seorang pelajar berkenaan mengaku terlibat memukul junior mereka kerana mangsa enggan mengaku mencuri telefon bimbit Samsung Note 3 milik salah seorang daripadanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Lai Fah Hin ketika dihubungi hari ini memberitahu, kesemua pelajar terbabit dibebaskan dengan jaminan polis, petang ini.
Dalam kejadian pada 22 Oktober lalu, seorang pelajar tingkatan dua di MRSM berkenaan patah tulang rusuk selepas dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama.
Sementara itu menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Azmi Mohamad kesemua yang terlibat dalam kes tersebut digantung persekolahan serta merta.
Menurutnya lagi pelajar terlibat juga boleh dikenakan tindakan buang sekolah sekiranya didapati bersalah.
“Perkara ini akan disiasat secara rapi dan terperinci dengan mengambil keterangan semua pihak.
Sebarang tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin MRSM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azmi berkata, MARA bagaimanapun masih belum mendapat sebarang laporan rasmi daripada doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang di mana pelajar yang dicederakan itu telah mendapat rawatan bagi mengesahkan dakwaan beliau patah tulang rusuk akibat dipukul.
Beliau berkata, pihaknya turut meluluskan perpindahan mangsa ke MRSM Kuala Kubu Baharu, Selangor bermula hari ini. “Mara berharap dengan perpindahan ini, dapat mengelak sebarang trauma selain diberikan khidmat kaunseling sekiranya diperlukan,” kata Azmi. 8 Pelajar MRSM Balik Pulau Kena Gantung Sekolah.
Sebelum ini, media melaporkan insiden itu bermula apabila mangsa dituduh mengambil telefon Samsung Note 3 milik seorang daripada lapan pelajar terbabit.
Dalam kejadian antara 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar tersebut. Akibat kecederaan itu, ibu bapa pelajar yang berasal dari Klang, Selangor, telah membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapat rawatan.
Berikut adalah laporan penuh berhubung kejadian tersebut:
Utk makluman, satu Kejadian Kes Mencederakan Sek 326 KK dis Asrama MRSM Balik Pulau.
a) Repot: Balik Pulau 3177/14.
b) Tarikh Rpt: 24/10/14@0409 hrs.
c) Sek : Sek 326 KK
d) IO: Insp Boby
e) Pengadu: Noraini Bte Jusoh, Kerja Suri rumah.
f) Saspek: 8 Pelajar Ting. 4 MRSM Balik Pulau.
g) Repot Polis:
Pada jam 1100 malam 23/10/14, semasa anak pengadu pulang dari MRSM Balik Pulau, anak pengadu telah memaklumkan bahawa dia telah dipukul oleh lebih kurang 9 orang pelajar tingkatan 4. Anak pengadu mengalami kecederaan iaitu salah satu patah tulang rusuk. Anak pengadu dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Laporan dibuat pengadu kerana takut jadi apa2 kemudian hari.
h) Hasil Siasatan.
01. Mangsa dan pengadu adalah hubungan emak-anak. Mangsa nama DINIE SHAFIQ BIN BAHARUL ISHAM, KP 00022810195, ALT 101 JALAN TAMARIND, KLANG, SELANGOR. UMUR 14 TAHUN, PELAJAR TINGKATAN 2 MRSM.
02. Mangsa dipukul oleh sekumpulan pelajar ting 4 pada 22/10/14 jam lebih kurang 1145 malam hingga 0100 pagi di dalam bilik letrik dalam dorm asrama. Mangsa dipukul dengan menggunakan seterika serta dipijak. Bahu kanan dan kiri mangsa turut cedera terkena seterika panas.
03. Mangsa di tahan di ICU HTAR Klang. Mangsa patah rusuk tulang dan terkena pada jantung.
04. Saspek seramai 8 org telah dikenalpasti membabitkan pelajar tingkatan 4. Atas arahan pihak sekolah mereka telah diarahkan balik ke rumah masing2.
05. Tiada saksi lain menyaksikan kejadian dan pihak warden hanya mengetahui kejadian pada 23/10/14 jam 0800 malam.
06. Selepas mengetahui insiden, pihak warden berhubung dengan pihak HEP dan Pengetua namun gagal dihubungi. Setrusnya warden merujuk kepada HEA dan meletakkan pelajar di bilik rehat sementara menunggu arahan lanjut. Pada 23/10/14 jam 0300 petang, HEP berhubung dengan keluarga mangsa dan arahkan untuk ambil balik ke rumah. Mangsa dihantar menggunakan kapal terbang dan setibanya di LT Subang mangsa terus dikejarkan ke hospital oleh ayah mangsa.
07. Pada 27/10/14 jam lebih kurang 1200 hrs sepasukan anggota JSJ diketuai oleh Insp Boby telah melaksanakan tangkapan keatas saspek pergaduhan di asrama MRSM Balik Pulau.
08. Tngkapan seramai 8 orang dan justifikasi tangkapan adalah berdasarkan keterangan mangsa. Butiran tangkapan sebagaimana berikut:
1. Mohamad Hakimi B Mohd Nazri
2. Muhamad Hariz Haikal B Ahmad Fariz
3. Muhamad Rafiq Hakimi B Bakhtiar
4. Mohamad Amin B Mohd Anuar
5. Mohamad Adam Ashraf Bin Zamsari
6. Muhamad Nabil B Razali
7. Muhamad Hanif B Mohamad
8. Amin Muqri B Rosli
Repot tangkapan sebagaimana Balik Pulau 3211/14.
09. Keterangan awal saspek berkenaan mendedahkan mengaku terlibat pukul mangsa secara berkumpulan keatas mangsa menggunakan tangan dalam bilik letrik dan salah seorang dari mereka telah mencucuh seterika di bahu mangsa. Punca kejadian disebabkan mangsa telah mencuri telefon bimbit samsung note 3 milik rakan mereka dan mangsa tidak mahu memulangkan serta tidak mengaku atas tuduhan itu.
10. Tindakan diambil:
1. Rakam percakapan sek 112 KPJ
2. Rakaman fotografi dan cap jari
3. Percakapan risikan.
4. Kaunseling dari unit D11 IPK.
11. Semasa tangkapan dilakukan, keluarga /waris saspek turut hadir. Kesemua tangkapan telah dijamin jam lebih kurang 1700 hrs @27/10/14.
12. Siasatan akan diserahkan kepada YA TPR utk dpatkan arahan keputusan kes serta tindakan lanjut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment