ONEXOX
BannerFans.com

Isteri mengandung dibelasah suami gara-gara tak masak tengah hari

on Monday, November 24, 2014

Kuala Lumpur: Seorang suami tergamak mengheret isterinya sebelum memijak kepala wanita itu berulang kali hanya kerana mangsa gagal memasak juadah tengah hari.

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa yang berusia 30-an diserang suami ketika mangsa sedang bekerja di pejabatnya terletak di Bangsar di sini.

Lebih menyedihkan apabila mangsa yang dibelasah suami itu sedang mengandung tiga bulan.

Sumber polis berkata, suspek mulanya menghubungi isteri yang sedang bekerja kira-kira jam 3 petang dan meminta wanita itu pulang ke rumah untuk memasak.

“Mangsa bagaimanapun memberitahu tidak boleh pulang ke rumah berikutan masih bekerja. Jawapan itu menyebabkan suspek mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat.

“Suspek kemudian muncul di tempat kerja mangsa dan menyerang isterinya itu. Malah, mangsa diheret suami hingga ke tingkat bawah bangunan pejabat,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang kesakitan bagaimanapun cuba melawan menyebabkan insiden menjadi semakin tegang.

“Suspek kemudian bertindak mencekik isterinya dan membelasah mangsa sebelum berjaya dileraikan rakan setugas,” katanya.

Menurutnya, mangsa sebelum sudah beberapa kali dibelasah suspek yang menendang dan memijak mukanya.

“Suspek dikatakan sering memaksa mangsa berhenti kerja namun mangsa enggan berikutan suaminya adalah seorang penganggur.

“Akibat kejadian itu mangsa cedera di muka dan lebam sebelum menerima rawatan di klinik berhampiran,” katanya.

Bimbang kejadian lebih buruk, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.

“Difahamkan suspek bertindak menghalau isterinya dari rumah sejurus kejadian serangan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved