ONEXOX
BannerFans.com

Luahan hati Khalid Senik rasa tertipu beli Honda CRV baru

on Wednesday, November 26, 2014



Luahan hati Khalid Senik:

Assalamualaikum admin Saya ada membeli kereta model crv pada minggu lepas dengan sebuah dealer honda malaysia iaitu Kah motor sdn bhd.harga kereta adalah rm148800.00.kami telah membayar deposit rm64000 lebih dan balance menggunakan loan bank.

Pada jumaat lepas iaitu bersaman 21/11/14 pada pukul 5 pm ,kereta saya telah sampai di dealar bangsar.saya telah membuat satu check sebelum menerima kereta tersebut dimana,bahagian tepi body ada calar terguris dan pada bumper bahgian hadapan. Pintu bahagian dalam sebelah passenger hadapan ada masalah dengan sensor pintu yg kerap bernyala.yang ketiga bahagian atap dalaman kereta telah kotor berwarna karat.

saya telah melaporkan kepada salesman tersebut dan salesman tersebut sgt bertanggung jawab memberitahu datang pada hari isnin pagi untuk pergi ker head office kah motor sdn bhd. pada hari ini tengahari tadi saya isteri anak-anak saya berumur 3 tahun dan 2 bulan baru lahir telah pergi ke bangsar berjumpa salesman tersebut. Kami dibawa ke gudang kereta di jalan ipoh selepas itu dibawa ker show room selayang Kah Motor untuk berjumpa dengan pihak manager di selayang untuk berbincang mendapatkan kereta baru.



Apabila sampai salesman yang jual kereta kepada kami dibangsar telah menerangkan segala masalah kami kepada manager tersebut mengatakan customer iaitu pihak kami ingin ganti kereta baru sebab QC Kah Motor sdn telah gagal memeriksa kereta sebelum deliver kepada kami. manager tersebut telah bersetuju salah mereka tetapi kami telah meminta gantian kereta baru. Manager service selayang itu memberitahu segala masalah ni akan dibetulkan.

Kami tidak setuju kerana kami membayar deposit cukup tinggi disini pihak Kah Motor sdn bhd telah gagal memberi kereta yg dalam keadaan baik dan kondisi yang tidak elok dimana kami sebagai pengguna tidak puas hati.

Kami ajak berbincang dan manager service selayang memberikan kata putus bahawa hanya satu solution dia boleh berikan ganti atap baru serta polish dan betulkan sensor.kami terasa seperti ditipu dimana sepatutnya pihak QC honda malaysia dan Kah motor sdn bhd sepatutnya check sebelum memberikan kereta kepada kami ini mereka memberikan dalam keadaan tidak sepatutnya dan disini saya telah diberikan pendapat oleh manager tersebut dimana dalam kes sebigini honda malaysia tidak Akan mengantikan kereta baru. buat la macam mana.tapi kami tidak bersalah membayar deposit tepat pada masa dan tinggi admin.

Adakah adil untuk kami sebagai pengguna.selepas itu kami tidak memiliki kenderaan lain terpaksa akur dan bagi untuk repair dan terpaksa setuju ngan cadangan yang tidak kami berjaya untuk meminta ganti kereta baru.harap pihak honda malaysia sdn bhd dapat tahu segala issue saya ini.

Sekian terima kasih admin dan saya sungguh menghargai.moga segalanya selesai.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved