ONEXOX
BannerFans.com

Budak dapat 2A UPSR 2014 dapat hadiah Iphone

on Wednesday, November 26, 2014



Hari ini semua murid tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2014 telah mendapat keputusan nya hari ini, walaupun berbagai cabaran yang timbul dengan soalan bocor.

Begitu juga lah dengan pelajar UPSR ini iaitu Mohamed Radzi Bin Eddy mendapat 2A dalam keputusan UPSR 2014 telah mendapat hadiah yang sangat istimewa dari keluarganya.

Menerusi laman sosial Twitter, kini trending dengan fenomena budak baru dapat result 2A 2B 1C UPSR 2014 dah dihadiahkan sebiji Apple Iphone 5S oleh pihak keluarga.

Lebih cemburu lagi apabila pengguna laman sosial mendakwa ianya adalah Iphone 6 model terbaru Apple.

Namun, Radzi yang lebih mesra dengan nama Razip dengan nama akaun @radziholmes (budak dapat 2A) menerusi laman Twitter miliknya dengan bangganya menjelaskan bahawa ianya adalah Iphone 5S dan bukannya Iphone 6.






Apapun, hadiah Iphone 5S adalah terlalu mewah untuk budak dapat 2A UPSR 2014 dan tidak semua calon bernasib baik untuk mendapat hadiah seperti itu walaupun dapat 5A UPSR 2014.




Tahniah Razip mungkin jika Razip cermelang di SPM yang 4 tahun lagi akan menjelma, mungkin hadiah yang lagi mewah Razip dapat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved