Seorang pelajar perempuan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) cawangan Alor Gajah, Melaka yang sesat di Gunung Datuk dekat sini petang semalam dijumpai dalam keadaan selamat malam tadi.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Johari Ahmad berkata, pelajar tersebut iaitu Glausia Galayan, 20, berasal dari Sarawak ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 8.47 malam.
“Mangsa dijumpai pada ketinggian kira-kira 263 meter dan dibawa turun kira-kira pukul 11.48 malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang cedera di kaki kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah, Melaka.
Punca mangsa dipercayai sesat selepas mendaki gunung itu seorang diri. Dia yang berjaya sampai ke puncak gunung difahamkan sempat menghubungi rakannya dan memaklumkan dia sesat dan gagal menemui jalan keluar.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment